Khamis, 29 April 2010

SAH INFINITY DOWNLINE BERSTATUS HARAM

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.


Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.


Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu.

Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.



2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

Untuk pembentangan dan perbincangan lebih lanjut sila lawati ZAHARUDDIN.NET

MOHON MAAF KEPADA SEMUA YANG TELAH TERPAUT HATI DENGAN PENGIKLANAN SAYA SEBELUM INI.

Rahsia FACEBOOK

"Terbongkar!!! Terima kasih le sebab ingin tahu..."

Ok macamni...

Mari kita kongsi bersama...

Apa yang dikatakan dapat Log In dapat RM100* itu sebenarnya terlalu subjektif sehingga ada diantara kita yang keliru.

Ini sebenarnya adalah duplicated dari sebuah perniagaan affiliate. Nama affiliate ni InfinityDownlin[dot]com

JADI... FACEBOOK MENJADI MEDAN PENGIKLANAN PALING BERKESAN.

Mcmana sy dpt RM1,000 dlm masa seminggu? yang dpt RM100* sehari....dah tak terkira dah..tiada yg mustahil...

lagi cepat kita buat lagi bagus...kita lambat sehari je..ada je kawan2 fb kita yg buat dulu..

TIADA PERNIAGAAN YANG TIADA MODAL.
Dgn modal serendah RM100*...anda mampu mendapat sehingga RM1,000 sehari..mungkin lebih bukan sekali....tetapi tiap2 bulan..

Bkn MLM, skim cepat kaya, pelaburan internet.. Uptrend atau Luxor dll.

PRODUK AFFILIATE

Kita menawarkan affiliate bagi segala panduan Internet Marketing, Window XP, Vista, All Microsoft, Adobe dan banyak lagi secara audio dan video (e-Learning concept). Sistem pembelajaran online ini cukup mudah dan senang difahami. Segala input yg disampaikan sesuai utk kegunaan seisi keluarga dan setiap peringkat umur. (Semua produk ini adalah percuma selagi kita menjadi ahli) JOIN NOW!

TAPI YANG MENARIKNYA:

Affiliate juga promote keahlian ajak sorang kawan dah balik modal.. RM100* terus ke acct anda untuk setiap satu ahli yang masuk dibawah anda.

INILAH RAHSIANYA KERANA JIKA KITA MENSASARKAN SATU HARI SEORANG DOWNLINE MAKA, SETIAP HARI KITA AKAN DAPAT RM100*. JOIN NOW!

*Jumlah bayaran bergantung kepada nilai kadar matawang asing semasa pada jumlah USD$25 Latest Exchange Rate

Rabu, 28 April 2010

Infinity Downline (Maximize Your Potential)

Infinity Downline adalah program affiliate terhangat pada masa kini yang berasal dari New York. Di USA sendiri, setiap 20 hari seorang Jutawan Infinity Downline dilahirkan. Betapa hebatnya program affiliate unik ini. Mengapa unik? Saya akan ulas sebentar lagi.

Infinity Downline adalah satu gedung ilmu online yang sarat dengan program pembelajaran audio & video tentang dunia perkomputeran & Internet. Pendek kata, segala ilmu asas sehingga peringkat tertinggi tentang IT boleh didapati melalui Program Infinity Downline. Mulakan langkah pertama ANDA DI SINI!

Infinity Downline menawarkan Premier Membership pada harga USD25 @ RM100. Anda ada RM100? Saya yakin semua orang ada RM100 tanpa perlu berhutang insyaAllah. Infinity Downline juga menyediakan satu platform untuk bisnes global yang boleh dibuat secara online 100% dari rumah.

Sebagai Ahli Premier, anda juga secara automatik menjadi affiliate kepada program Infinity Downline. Saya lebih suka gunakan istilah Master Reseller kerana potensi pendapatannya tersangatlah lumayan. InsyaAllah, sesiapa pun mampu mengeluarkan modal RM100 termasuklah :

* Pelajar
* Ibu Tunggal
* Pesara
* Pembantu Am
* Peniaga

Komisyen 100% Untuk Anda

100% Komisyen? Ya, benar anda tidak salah lihat. Sekiranya anda perkenalkan Program Infinity Downline kepada rakan anda, anda akan mendapat komisyen 100%. Jika anda seorang yang hebat menaja, anda pasti lebih lumayan. Katakan anda menaja 10 orang, anda dapat RM1,000. Mudah bukan?

Apakah risiko yang bakal anda hadapi dengan modal RM100? Langsung tiada kerana anda telah balik modal dengan hanya menaja seorang Ahli Premier. Murah & mudah!

Fakta Unik 1 – Tiada Kos Pentadbiran

Uniknya program Infinity Downline ini, anda perlu membayar yuran ini kepada rakan yang memperkenalkan anda iaitu affiliate @ Master Reseller. Bukan kepada pihak Infinity Downline.

* Tiada kos pentadbiran.
* Tiada konsep e-wallet.
* Tiada kos tersembunyi.

Infinity Downline adalah satu-satunya bisnes global yang membolehkan anda membayar dengan menggunakan cash / bank transfer. Tidak perlu kad kredit, Paypal dll. Anda boleh terus membayar kepada Penaja anda melalui cash / online banking dsb.

Fakta Unik 2 – Sistem Reverse 2 Up

Infinity Downline memperkenalkan Sistem Reverse 2 Up, satu pelan pemasaran terbaru yang terbukti telah melahirkan ramai jutawan di USA. Seperti mana yang kita maklum, komisyen yang kita terima adalah 100%. Jadi kita tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada hasil jualan downline anda.

Untuk membolehkan anda Override bonus daripada downline anda, syarikat telah merangka satu pelan pemasaran yang unik yang dinamakan Sistem Reverse 2 Up. Terdapat 2 syarat @ Lesen utama untuk menikmati sistem ini.

1. Anda perlu menaja sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Premier
2. Anda perlu “pass up” 2 daripada 4 Ahli Premier kepada upline anda

Adakah sukar mencari 4 orang yang ada modal RM100? Sangat mudah bukan. Student pun mampu. Downline 2 dan 4 akan “roll up” @ “pass up” kepada upline. Jangan panik! Anda mungkin kehilangan 2 orang downline, tetapi downline 1 dan 3 anda pun perlu membuat perkara yang sama. Jadi, anda pula yang akan menerima 2 downline daripada setiap mereka.

Jadi anda kini mempunyai 6 downline termasuk 1 dan 3 yang anda taja. Melalui Sistem Reverse 2 Up ini, proses ini akan berulang dan kesemua downline 2 dan 4 di bawah mereka akan “roll-up” kepada anda sehingga level infinity selagi ada orang menyertai Infinity Downline. Unik bukan?

Kami mencipta kuasa 4Infinity yang mampu memberikan anda pendapatan lumayan. Formula ini menggabungkan pelan unik Infinity Downline dan Kuasa Copycat @ Duplikasi yang sememangnya satu perkara asas dalam apa jua perniagaan.

Seperti perniagaan franchise, outlet 001 dengan outlet 1,000 mestilah sama dari semua segi. Begitu jua Infinity Downline yang boleh digelar “Human Franchise”. Jadi semua ahli perlu copycat langkah yang sama untuk mempercepatkan langkah ke arah jutawan senyap. Mulakan langkah pertama ANDA DI SINI!

Taja 4 Ahli & Copycat Hingga Level Infinity

Melalui Formula 4Infinity ini, anda hanya perlu menaja 4 orang untuk mencapai syarat lesen Bonus Powerline tidak kira dalam masa sehari atau seminggu ataupun sebulan. Kemudian, duplikasi perkara yang sama kepada 4 orang yang anda taja. Mereka juga perlu menaja 4 orang untuk mencapai syarat lesen.

Adakah sukar mencari 4 ahli dengan modal serendah RM100 dan keuntungan 100% serta bakal dapat infinity downline? Sangat mudah.

Rahsia Limpahan RM100 Mula Terbongkar.

Anda mampu jadi jutawan dalam masa 15 hari! Percaya atau tidak? PERCAYALAH! Ini kerana di USA memang ada seorang jutawan dilahirkan setiap 20 hari melalui program Infinity Downline ini. Formulanya cukup mudah. Hanya duplikasi taja 4 ahli baru Infinity Downline. Mulakan langkah pertama ANDA DI SINI!

RM 6,553,400.00! Bunyinya seakan mustahil. Tetapi jika semua orang mengambil sikap positif untuk mengubah kewangan mereka dengan bermodalkan RM100, ianya pasti tidak mustahil. YA! RM100 sahaja untuk kunci kebebasan kewangan setiap orang. Anda pasti mahu bukan!

Dalam dunia realiti, tidak dapat dinafikan pasti ada yang tidak mencapai sasaran. Akan tetapi katakan kita hanya mencapai 10% sahaja daripada potensinya, RM650,000 masih jumlah yang besar. Kalau 1% sekalipun, RM65,000 sudah cukup lumayan untuk usaha anda selama 15 hari.

RM65,000 Berterusan Setiap Bulan?

Katakan pendapatan anda bulan ini RM65,000, anda boleh terus mendapat RM65,000 pada bulan-bulan berikutnya. Caranya mudah sahaja, HANYA BAYAR RM100 pada setiap bulan. Jika anda tidak mahukan RM65,000 tidak mengapa, anda tidak perlu membayar RM100 itu kepada penaja anda. Mulakan langkah pertama ANDA DI SINI!

Tetapi rugilah anda jika lepaskan RM65,000! Adakah RM100 sebulan membebankan berbanding pendapatan RM65,000? Adakah semua orang akan rasa RM100 bulanan itu membebankan jika mereka mampu hidup mewah dengan pendapatan tambahan sebanyak itu?

ANDA FIKIRLAH SENDIRI
Mulakan langkah pertama ANDA DI SINI!