Jumaat, 6 April 2012

Album ke-2 Maher Zain

Album: Forgive Me (2012)
Ringkasan Mengenai Album:  Setelah berjaya dengan album pertamanya, "Thank You Allah" (2009), Maher Zain kini mempertaruhkan album terbaru beliau “Forgive Me”. Dengan alunan suara yang mantap lagi bertenaga, Maher Zain kini kembali dengan lagu-lagu baru yang lebih mantap serta lirik yang menyentuh hati.
Alunan suara Maher Zain tidak akan menghampakan peminatnya malah, para pendengar akan terpukau dengan mesej ketuhanan yang disampaikan begitu harmoni menusuk kalbu.
Album yang mengandungi 14 track lagu ini dijual pada harga RM29.90. 
Untuk mendapatkan album ini terus kerumah anda sila lawati SautuldaiBookstore
SEGERA! Selagi Stock Masih ada.....

Kandungan album:
01. I Love You So 
02. Number One For Me
03. Mawlaya
04. My Little Girl feat. Aya Zain
05. Forgive Me
06. One Big Family 
07. Assalamu Alayka 
08. Paradise 
09. Masha Allah
10. Radhitu Billahi Rabba 
11. Freedom
12. So Soon
13. Muhammad (pbuh)
14. Guide Me All the Way
15. Ku MilikMu (Arabic Version - Bonus Track)
16. Tuntunku KepadaMu (Arabic Version - Bonus Track)
17. Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)
18. Assalamu Alayka [Arabic Version]
19. Radhitu Billahi Rabba [Arabic Version]

Untuk mendapatkan album ini terus kerumah anda sila lawati SautuldaiBookstore
SEGERA! Selagi Stock Masih ada.....



Album Maher Zain  Click untuk Video Teaser:-

Isnin, 19 Mac 2012

Mendidik anak gaya Rasulullah SAW berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah


Buku Marah Tapi Sayang menyediakan panduan dan tip-tip untuk menangani isu-isu remaja yang dihadapi oleh ibu bapa kini. Berbekalkan pengalaman sebagai pendidik yang sentiasa bersama remaja, penulis menggariskan strategi menangani konflik, mengurangkan kekecewaan, dan meningkatkan komunikasi bertoleransi. Kaedah komunikasi berilustrasi ini, memberi panduan yang berinovasi untuk menyelesaikan masalah remaja.

Selepas anda membaca buku ini, anda dapat mempelajari bagaimana:

• Mendidik anak gaya Rasulullah SAW berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah.
• Memahami perasaan negatif anak remaja iaitu kekecewaan, marah, kurang keyakinan diri, dan sebagainya.
• Meluahkan rasa marah atau memberi teguran tanpa menyakiti hati remaja.
• Kerjasama daripada anak anda tanpa paksaan.
• Mewujudkan hukuman alternatif daripada memukul atau menengking kepada yang lebih berhikmah.
• Menyelesaikan konflik keluarga secara baik.

Penulis : Hilmi Bin Isa
Kod Katalog : TBBK 1211
Kod ISBN : 978-967-388-067-6
Harga : RM 20.00

Dapatkan di SautuldaiBookstore atau jika ingin terus membeli buku tersebut sila click Beli Disini.

Kami menyediakan penghantaran terus ke rumah di Malaysia dan Indonesia.

Jumaat, 9 Mac 2012

GRAND OPENING - Sautudai Bookstore 070312


Bissmillahirohmanirohim, alhamdulillah tarikh keramat 7 March 2012 saya telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan online sendiri melalui penjualan buku dan majalah.

Sejarahnya saya telah mengikuti perkembangan lama web untuk berurusniaga secara maya telah lama sejak dari tahun 2005 lagi. Pelbagai laman dan pengalaman telah di alami sepanjang menggunakan urusan jual beli secar maya di internet.

Dari permulaan sekecil-kecil pembelian prepaid ketika masih belajar lagi sehingga lah ke pada pembelian sebesar 200 unit pengisian semula pencetak pejabat yang memakan jumlah RM2,500 secara kad kredit.

Dari semua pengalaman ini, saya amat yakin dan percaya perkembangan teknologi maklumat di Malaysia semakin pesat membangun. Kehadiran semua alatan telikomunikasi baru yang serba canggih keluar di pasaran bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Justeru itu, saya mengambil keputusan untuk tidak ketinggalan lagi dalam merebut peluang yang ada dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan di internet dengan prasarana yang telah dibangunkan oleh Stormreader Sdn Bhd.

Urusan pembukaan Bookstore ini agak mudah dan hanya memerlukan modal sebanyak RM45 ringgit sahaja. Dengan bantuan leader saya En M Lokhman, alhamdulillah dalam hari yang sama saya sudah boleh mula berniaga.

Cerita panjang pun tak guna, untuk melihat sendiri kedai dalam talian saya, anda boleh lewati di alamat berikut: Sautuldai Bookstore di sini lah terdapatnya semua bahan ilmiah yang telah dicetak oleh Telaga Biru Publication dan lain-lain pencetak serta pengeluar produk yang belandaskan syariah.

Mudah sahaja, konsep perniagaan adalah berasaskan syariah MLM yang telah di sahkan halal oleh ustaz dan badan bewajib.

Saya secara peribadi berharap, permulaan awal ini bukanlah pengakhiran perniagaan online bagi saya tapi adalah permulaan untuk saya meneruskan usha dalam memenuhi kehendak sunnah rasullullah dan meningkatkan ekonomi saya sekeluarga, insya'Allah.

Diantara produk yang terdapat di kedai online saya adalah seperti berikut:


Wassalam,
MNS - Pengurus Sautuldai Bookstore