Jumaat, 29 Ogos 2014

Kebangkitan Islam di Tahun 2014

Assalamualaikum wbt.
Sudah sekian lama saya tidak menulis, namun terpanggil untuk berkongsi beberapa maklumat terkini dan sensasi di kala penghujung tahun 2014.

Beberapa perkara di lihat sebagai gerakan-gerakan islam menuju kepada kebangkitan zaman kegemilangan islam yang kini agak terserlah dengan beberapa kejadian di Malaysia dan di seluruh dunia umumnya. Ada yang menamakan tahun 2014 adalah tahun kejatuhan industri penerbangan dunia di mana berlakunya banyak kemalangan jiwa di serata dunia. (Sila rujuk - World flight issue 2014 melalui carian Google+) Di tambah pula dengan kejadian pemberontakan bersenjata dan pencolekan terancang di Sabah dan Thailand oleh golongan minority.


Number Of Accidents Per Year / Number of Accidents With Greater than 99 Fatalities

Beberapa perkara turut menarik perhatian apabila NGO muslim di Malaysia semakin berani bersuara lantang dalam kesatuan menentang kezaliman Zionis memerangi Palestin. Ramai yang semakin sedar akan peranan utama selaku muslim dalam menyumbang kepada muslim lain yang sedang di tindas. NGO semakin berani tampil di hadapan media massa dengan menyuarakan pandangan jujur tentang cara-cara untuk membantu dan memberi tekanan kepada Zionis untuk menghentikan kezalimanya.



Ada yang menyatakan dengan memboikot beberapa produk yg telah di sahkan mempunyai kaitan dengan Zionis adalah cara yg terbaik. Kemudian, ada pula yang menyumbang tenaga secara langsung dengan pergi berjihat secara langsung terus di medan perang dan tidak kurang pula dengan peranan media massa yg tidak pernah putus-putus memberikan berita terkini laporan semasa dari Palestin. Manakala dengan selemah-lemah iman pula kita digalakan berdoa untuk kesejahteraan semua yang sedang di uji.

Persoalan yang utama, adakah kesemua usaha ini telah di kira cukup untuk kita jadikan sebagai landasan perjuangan? Adakalanya saya pernah terpanggil untuk cuba mencabar kedudukan iman seseorang dalam menilai usha kita untuk memberikan subangan untuk perjuangan ini, namun saya sering di sangkal oleh sesetengah pihak menyatakan iman tidak boleh di ukur dengan usha sebegini. Dalam erti kata contoh, dengan tidak pergi ke kedai makanan segera "M" kita di kira terjaga iman kerana sedang mempertahankan saudara seagama di Palestin. Adakah kadar ukuran sebegini benar?

Selain dari perkara berkaitan makanan, kita dikejutkan pula dengan berita berkenaan media sosial atau system perantaraan yang kita sendang guna kini seperti "F-Bee" and "Watzapp" dimiliki oleh pemilik syarikat yang berbangsa Yahudi. Adakah kita mengambil erti Yahudi itu Zionis dan Zionis itu Yahudi? Setiap Zionis itu pastinya berbangsa Yahudi, namun hakikatnya tidak semua Yahudi itu Zionis... Mengapa kita terus keliru? Isu ini telah lama di bincangkan semenjak dari tahun 2012 lagi oleh beberapa blogger lain seperti syeikhsifu, tok guru nik aziz dan banyak lagi.

Isu pokok sebenarnya, saya melihat ramai muslim di Malaysia sudah sedar namun, usha kearah kebenaran masih perlahan dan ramai masih teragak-agak dalam ingin melakukan perubahan demi perubahan. Saya sendiri agak berat untuk menyatakan bahawasanya saya juga tergolong dalam golongan ini. Saya sudah tahu tentang perkara yang perlu di ubah tapi saya susah untuk berubah, kenapa?

Perlukah kita menyalahkan kerajaan atau nenek moyang kita dulu? Atas semua yang ada sekarang ini? Apa yang kita makan? Apa yang kita belanja? Apa yang kita perkatakan? Apa yang kita guna? Siapa yang kita percaya? Dari mana maklumat yang kita perolehi? Terlalu banyak  persoalan. Saya sendiri terduduk apabila memikirkanya. Tapi selaku muslim, kita wajib menjawab semua persoalah munakahad ini. Inilah realiti kita hari ini dan inilah jihat yang sebenar dalam mencari kebenaran diri sendiri.
Telegram Messenger ganti "Watzapp"

Ummaland pengganti "F-Bee"?
Pengganti "F-Bee" adalah Ummaland dan kemudian kita ada pula pengganti "Watzapp" adalah Telegram. Namun persoalannya, kalau ada pengganti mengapa kita masih berada di tempat yang sama. Adalah kita sedang di permain oleh mereka ini? Siapa sebenarnya pemilik syarikat semua ini? Adakah ini juga salah satu jihat kita menentang Zionis atau Yahudi? Mampukah kita bersatu dalam alam maya menjatuhkan bendera Zionis is bumi Palestin? Adakah benar ini cara terbaik buat kita?

Persoalan demi persoalan timbul apabila kita terus di cabar dengan keberkesanan usaha yg dijalankan, apa bukti semua ini berkesan? Jom kita tgk apa kesannya di media massa, hari demi hari kita di momokan oleh media menyatakan bahawa usaha kita berjaya menjatuhkan ekonomi mereka di alam maya.... adakah laporan ini benar?

Apa jua kesan dari tindakan kita kini pasti akan ada, tetapi apa yg lebih penting adalah kelansungan kita sebagai muslim sejati mampukah kita bertahan dengan perubahan ini? Sejauh mana kita mampu berubah? Bila kita perlu berubah? Ingat setiap kejayaan yang besar bermula dengan langkah yang kecil dan BERTERUSAN (Istiqamah). Biarpun sedikit, namun kita harus teruskan dengan cekal dan kekal sehingga ke penghujung matlamat.

Kesimpulannya, kita dapat lihat apa jua yang datang pasti akan pergi, dengan minda dan dasar keterbukaan yang kita ada sekarang. Apa jua perubahan mampu di lakukan namun pokok persoalan, sejauh mana kita Istiqamah dalam perjuangan perubahan tersebut adalah erti sebenar sebuah JIHAT kita di alam maya.

Wassalam.