Ahad, 11 Januari 2015

Kenapa saya perlu delete "profile" di FBee, Insta-gram dan WhazApp Messenger?

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua pembaca? Terpanggil untuk saya bekongsi persoalan ini dengan semua.

Saya membuat keputusan untuk menghentikan akaun sosial sendiri di semua laman sosial FBee, Insta-gram dan WhazApp Messenger agak mendadak tapi bila di pikirkan semula ianya memang sesuai dengan tibanya saat umur mencecah 30 tahun (Sept. 2014) sebagai alasan asas. Sudah penat nak bersosial dengan rakan di alam maya (pandangan saya ketika itu)......

Dalam kajian ringkas, saya dapati kesemua media sosial memiliki system penyampaian yang sama, mereka mengumpulkan data peribadi seseorang dan kemudian menjual kepada syarikat-syarikat yang gamar membuat pengiklanan tanpa batasan 24/7. Sebagai pulangan daripada data tersebut, media sosial ini menjanjikan maklumat dan perhubungan tanpa sempadan dengan semua "kawan sosial" yang berdaftar. "Social Marketing" trend.


Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, beberapa media sosial telah di "HARAMKAN" di beberapa negara oleh sebab keselamatan negara masing-masing. Menurut Wikipedia, terdapat 11 negara telah menghadkan pengaksessan kepada F-Bee untuk jangka waktu tertentu. Namun kalau dilihat, terdapat beberapa negara tersebut sudah membenarkan kembali beberapa laman sosial yang lain untuk beroperasi di negara asal mereka.


Apakah kesan media sosial keatas saya? Mengapa perlu saya terpengaruh dengan media sosial ini? Apakah yang saya perlu tahu tentang media sosial? Terlalu banyak persoalan yg perlu dijawab.

Mengambil pendekatan untuk mengharamkan penggunaan media sosial secara bebas adalah satu perkara yang tidak wajar. Ini kerana, jika dilihat kebebasan bersuara menjadi agenda utama dalam penilai hak asasi manusia yang sering di suarakan di PBB. Kaitan media sosial dengan setiap manusia adalah jelas dimana ianya membawa makna umum yang dekat kepada hak asasi manusia menyuarakan pandangan dan pendapat secara bebas dan umum.

Namun, apabila kita diberi kebebasan bersuara dan bersosial atas dasar hak asasi, ini secara tidak langsung membuka peluang dengan mudah "PENGARUH" luar masuk kedalam negara. Pengaruh luar yang kita lihat lebih negatif yang menjurus kepada perkara yang menyentuh isu-isu sensitif dikalangan masyarakat umum di Malaysia.

Jika di kaji semula dari aspek kebaikan media sosial ini sangat nyata, dimana kesemua media sosial ini dapat meningkatkan kadar komunikasi dua hala yang memberi natijah yang positif kepada setiap pengguna di Malaysia. Ianya juga menjadi satu waddah penting dalam mendapatkan maklumat terkini dari pihak-pihak berwajib.  

Kesimpulannya, keputusan saya menutup semua akaun media sosial pada bulan November 2014 yang lalu adalah kesilapan besar, ini kerana hakikat sebenar setiap individu perlu sedar tangunggjawab dan ambil tahu tentang kesan-kesan diatas apa jua tindakan peribadi masing-masing dalam menggunakan kemudahan ini dan tidak perlu dipersalahkan kepada penyedia kemudahan media sosial ini pula.

"Ingatlah, segala apa yang kita lalukan di media sosial ianya adalah bersifat KEKAL di alam maya, maka perlulah berhati-hati ketika mengunakanya" - Anonymous

Saya percaya dan yakin, kematangan akan muncul secara tidak langsung dalam diri setiap pengguna untuk memahami tanggungjawab serta kesan dalam penggunaan media sosial sehari-hari.

Akhir kalam, JOM amalkan sunnah & sebarkan senyuman.

(Telah di draft sejak 9 November 2014)