Isnin, 15 Februari 2016

4 Langkah Mudah Sebelum Membuat Pembelian Bateri Simpanan "POWERBANK"

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

Umum mengetahui yang kita kini tidak boleh lepas dari talifon pintar dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian kita, namun adakalanya kita sering menghadapi masalah apabila talifon pintar kita sering kehabisan bateri kerana penggunaannya yang kerap. Jadi salah satu cara untuk memastikan bateri talifon pintar sentiasa penuh, kita memerlukan kuasa bateri simpanan atau "Powerbank" yang bersesuaian.

Justeru itu, hari ini saya ingin kongsikan beberapa langkah yang berguna untuk kita praktik apabila membuat pemilihan tepat dalam mencari kuasa bateri simpanan "Powerbank" tersebut.

by Norsazlan Enterprise
Apa itu kuasa bateri simpanan "Powerbank"?

Pineng Power Bank PN963 10,000 mAH
Sebelum kita bercerita lebih jauh, kita harus mengetahui terlebih dahulu apa maksud kuasa bateri simpanan "Powerbank", maksud sebenar kuasa simpanan adalah kuasa bateri luar yang berfungsi untuk membekalkan kuasa bateri sedia ada kepada talifon pintar anda.

Kita sering mengadapi delima dimana, kuasa bateri telifon akan cepat habis apabila penggunaan yang terlalu kerap ketika kita sedang sibuk. Kegusaran dalam menggunakan talifon pintar tersebut akan menghadkan potensi telifontersebut sedangkan kita sudah berbelanja ribuan ringgit untuk mengunakan fungsinya.
Justeru itu amat penting untuk memiliki kuasa bateri simpanan "Powerbank" namun persoalan seterusnya, Bagaimana saya ingin memilih kuasa bateri simpanan yang betul sesuai buat diri saya?

LANGKAH Pertama: Mengenalpasti had penggunaan dan tahap keperluan.

Ada perlu tanya pada diri sendiri beberapa soalan berikut:
1) Berapa kerap anda menggunakan talifon pintar anda dalam masa sehari?
2) Apabila dalam perjalanan, adakah anda sering menggunakan talifon pintar sebagai alat penunjuk arah "Navigation system" atau GPS?
3) Selain talifon pintar, adakah anda juga memiliki alat elektronik lain seperti Pemain MP3 dan komputer pintar "Tablet"?
4) Akhir sekali, soalan tidak kurang penting adalah berapa kerap anda mengalami kehilangan kuasa bateri pada talifon pintar anda dalam masa sehari?
Ini kesemua adalah soalan-soalan yang teratas dan penting bagi menentukan sama ada anda benar-benar perlukan kuasa bateri tambahan untuk telifon pintar anda atau tidak.

LANGKAH Kedua: Menentukan jumlah kuasa bateri tambahan yang diperlukan


Bagi menentukan jumlah kuasa bateri tambahan yang diperlukan anda perlu mengenalpasti berapakah jumlah bateri talifon pintar anda? Setiap jenis talifon, memiliki had maksima untuk penuh supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, jika saya memiliki talifon pintar Sony Xperia Z3 maka had maksima baterinya adalah 3100 mAh. Manakala jika saya memiliki Samsung Galaxy Note 4 maka had maksima bateri saya adalah 3220 mAh. Maka setiap talifon pintar memiliki had maksima yang berbeza diantara satu sama lain. Semua maklumat ini boleh diperolehi dengan membuka penutup belakang talifon pintar dan melihat pada bateri talifon atau pada buku tata cara pengunaan talifon anda.

LANGKAH Ketiga: Mencari kuasa bateri tambahan yang sesuai

Power Bank Pineng Origianal Models
Apabila anda telah mengetahui had maksima bateri talifon pintar anda, maka sekarang tibalah langkah untuk mencari kuasa bateri tambahan yang sesuai megikut kehendak dan cita rasa anda. Kini tiba kepada persoalan berapa kali anda perlukan untuk menambah semula kuasa bateri pada talifon pintar anda dalam sehari? Adakah 2 kali? Atau lebih? Jika anda hanya memerlukan 2 kali dalam masa sehari maka anda perlu mencari kuasa bateri tambahan yang 2 kali lebih banyak dari had maksima talifon pintar anda.

SONY Xperia Z3 by SONY

Contoh:
Sony Xperia Z3 - 3100 mAh (Had maksima bateri)
Pengunaan setiap hari (2 kali pengisian semula)
Maka kuasa bateri tambahan diperlukan: 3100 mAh X 2 = 6200 mAh
Dari contoh diatas, maka anda perlukan kuasa bateri tambahan yang memiliki kuasa sebanyak 6200 mAh dan keatas bagi memenuhi keperluan anda. Mudah bukan? Ketika mencari kuasa bateri tambahan anda dinasihatkan agar tidak gairah dengan rupa bentuk sahaja tanpa mengikut kadar keperluan sebenar anda.

4 syarat penting dalam pemilihan kuasa bateri tambahan:
1) Semak kapasiti kuasa bateri tambahan tersebut, pastikan ianya mengikut keperluan sepertimana yang telah saya nyatakan dalah LANGKAH kedua dan ketiga.
2) Perlu lihat kepada saiz ketebalan dan berat kuasa bateri tambahan tersebut. INGAT! Anda kena lebih praktikal dalam memilih saiz ketebalah dan berat agar ianya tidak menyusahkan anda untuk membawanya kemana-mana.
3) Jangan terpengaruh dengan sebarang fungsi tambahan pada mana-mana bentuk kuasa bateri tambahan tersebut seperti Lampu LED atau Key Chain.
4) Amat penting untuk memastikan segala keperluan aksesori tambahan seperti "USB Cable" turut disetakan.

LANGKAH Keempat: Pilih penjual yang jujur dan dipercayai menjual produk 100% asli

Saya di Norsazlan Enterprise sentiasa jujur dan menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan kami dalam setiap transaksi. Saya hanya menjual barangan 100% asli bagi jenama PINENG dan ianya memiliki sijil 1 tahun jaminan dari pengilang.

Justeru itu, nasihat saya kepada semua pembeli diluar sana. Anda harus berhati-hati dalam memilih tawaran murah barangan TIRUAN yang hanya mengaburi mata setiap pembeli. Sebarang kerugian dalam pembelian barangan TIRUAN amat perlu dielakkan kerana adakalanya ianya mungkin akan membahayakan diri anda.

Kini mencari penjual yang jujur adalah seumpama mencari mutiara di dalam lautan luas.

Semoga tips diatas berguna dan SELAMAT MENCUBA! smile emoticon Sila share dengan rakan-rakan FB anda jika anda rasakan TIPS Ini amat berguna untuk mereka juga!
M Norsazlan Salim - Founder Norsazlan Enterprise.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan