Jumaat, 22 Mac 2013

Tips Mengubati Rabun Mata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang,

Pelbagai persoalan bermain di minda, sama ada berkenaan Rabun Mata. Adakah ianya penyakit atau ianya kejadian semula jadi apabila kita banyak membaca mahupun melihat layar kaca (TV, Komputer dan Telephone)? Jika ianya benar sejenis penyakit, adakah ianya terdapat ubat untuk menyembuhkan penyakit tersebut?

Selepas bertanya kepada kawan-kawan sepejabat, pelbagai pandangan diterima dan dikongsi. Ada satu pandangan mudah yang amat menarik perhatian iaitu "Apa kata kau search je YouTube: Rabun Mata". Maka tak sampai 3 saat, saya sudah mendapat hasil carian dari YouTube seperti berikut:


Secara ringkasan buat video diatas adalah seperti berikut:

Pendahuluan: Kisah Nabi Yakub yang menagis sehingga buta maka Allah mengembalikan penglihatan yang buta  sebagai bukti Buta dan Rabun ada penawarnya.

Isi:

Cara pertama - Tumbuh-tumbuhan adalah rezeki, maka penyembuh itu rezeki juga. Maka gunakan Carrot (Baca Ayat penawar sebanyak 14 kali) dan makan secara original (Mentah-mentah).

Surah Al-Qaf, Ayat 22
SautuldaiBookstore

Cara kedua - Membacakan Selawat Syifa' dan ulang ayat "Wa nuril absori wa dia iha" (7x) sudah baca sapu pada mata. In Sha Allah.
Selawat Syifa'
SautuldaiBookstore

Cara ketiga: Setiap kali mendengar azan dan apabila sampai laungan azan "Ashaduana Muhammadurasulullah" ambil dua ibu jari tangan dan sapu pada mata kita.

Sama-samalah kita amalkan, dengan izin Allah ianya akan berkesan.

Penghargaan untuk post ini:

  1. Ustaz Sharhan
  2. Rancangan Tanyalah Ustaz TV9
  3. eebnu seena @ YouTube
  4. Rakan-rakan sepejabat saya.

1 ulasan: