Sabtu, 9 Mac 2013

Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah

SautuldaiBookstore
Tajuk: Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah
Harga: RM30
Available at Online Bookstore: SautuldaiBookstore (New)
Penulis: Saari Sungip
Kod Produk: KPBK1077

Sinopsis Buku:

Rasulullah telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. 

Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman. 

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul. 

Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya. 

Kesimpulannya, buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita dimana ianya amat sesuai dijadikan bahan rujukkan bagi kumpulan usrah serta bahan bacaan selepas solat bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan