Memaparkan catatan dengan label Telaga Biru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telaga Biru. Papar semua catatan

Rabu, 8 Januari 2014

Majalah Solusi ISU 63 - Januari 2014 (Amalan Rosak kerana Riyak)


Harga: RM10 (Sem) & RM12 (S/S)
Ulasan: Majalah Solusi ISU 63 - Bulan Januari 2014

Isu utama yang diutarakan oleh Ustaz Pahrol adalah berkaitan dengan amalan orang yang riak tidak akan sampai menyentuh hati, maka ibadah itu tidak akan membentuk peribadi, tidak pula akan membuahkan akhlak. Seterusnya, akan mengupas kesan langsung orang yang riyak itu, semakin banyak beramal, maka akhlak dan keperibadiannya semakin buruk.

Selain itu, segmen Fauna - Majalah Solusi kali ini turut mengupas isu nafkah haiwan dari segi pengurusan makan minumnya serta hak mengikut sunnah. Topik ini juga turut mengupas persoalan berikut:

1) Bagaimana kita ingin memenuhi hak sebuah kebebasan bagi haiwan peliharaan? 
2) Apakah nafkah haiwan peliharaan?
3) Apa kata sunnah Rasullulah yang mengingatkan tentang nafkah haiwan peliharaan?
4) Apa pula kaitan tidak memberi makan kepada haiwan dengan pembaziran?


Manakala, dalam ruangan Fiqh Wanita bersama Ustazah Zizi Azlinda Mohd. Yusoff mengupas usha menjaga dan menaikkan martabat serta maruah wanita dalam isu aurat sewaktu bersalin, harus difikirkan oleh semua pihak dengan mengetengahkan resolusi "Ramaikan Bidan Bukan Doktor Lelaki". 



Ustazah Zizi mengupas isu ini dengan amat mudah dan cantik dengan mengambil contoh dari negara Australia yang telah menwujudkan pusat bersalin 100% wanita selain itu turut mengetengahkan pandangan terhadap beberapa pusat bersalin alternatif yang lain sebagai resolusi. 

Hujah dan cadangan ini di sokong kuat dengan mengulas buku Dr. Zaharudin Mohamad bertajuk "Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin" yang memperlihatkan banyak kes-kes di Hospital Malaysia kini di dominasi oleh doktor lelaki sehingga menjadi kebiasaan.

Pelbagai cadangan di utarakan bagi memastikan martabat dan maruah wanita dijaga ketika bersalin. Topik ini dilihat amat sesuai buat bakal pengantin dan bakal ibu ayah yang akan menyambut kelahiran anak pertama. 

Rugi pada yang tidak membaca Majalah Solusi Isu ke 63 ini, jadi jangan risau anda boleh dapatkan di Sautuldai Bookstore dengan melayari  http://goo.gl/ft6wZg dimana penghantaran terus ke rumah dan pejabat anda.

Selamat Membaca dan Beramal! :) 

Sabtu, 28 September 2013

Majalah Solusi: Isu 60 - Korbankan "Ismail" Mu

SautuldaiBookstore
ISBN           :TBMJ1060
Publisher    :Telaga Biru
Author         :Mix Artist
Price           :RM10.00 (BELI) *Tidak termasuk kos penghantaran


Keterangan:


"Pada ketaatan Nabi Ibrahim ada cinta. Pada kesabaran Nabi Ismail juga ada cinta. Hakikatnya kita sedang menelusuri jalan yang sama. Aku, kamu dan kita semua kerap dibutakan oleh cinta. Musuh cinta paling utama ialah cinta yang utama. Sentiasa sahaja kecintaan lain, yang menghalang cinta paling utama kita-cinta Allah." - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi 

Majalah Solusi 60, KORBANKAN 'ISMAIL'MU. .. Mahu tahu isu apa lagi yang dibincangkan kali ini, dapatkan Solusi 60. Tak perlu susah payah, anda boleh dapatkan majalah ini terus ke rumah/office anda dengan hanya menekan butang > (BELI) <

Majalah yang dilahirkan untuk merungkai segala persoalan feqah, akidah dan lain-lain perihal agama dalam kalangan masyarakat. Diwabkili oleh pelbagai kolumnis pakar dalam pelbagai bidang. Majalah yang padat serta dikukuhkan berdasarkan Al-Quran & Hadis. Sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada persoalan-persoalan dan menjawab segala kekeliruan permasalahan di kalangan umat islam.

Selamat Membaca dan Beramal! :) 

Sabtu, 16 Mac 2013

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Wakaf & Ibtida



Al-Quran Al-Karim dgn Wakaf & Ibtida
SautuldaiBookstore

Sinopsis:

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida' merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida' (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida' ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

ID produk
:
TBAQ1002
Format
:
Kulit Tebal
Penerbit
:
Telaga Biru
Tarikh terbitan
:
30-JUL-2012
Kategori (utama)
:
Rujukan Agama
Kategori (sub)
:
Quran / Tafsir & Hadis
Harga
:
RM 75.00
Pembelian Online
:
Nama Penulis
:
Tan Sri Hj Hassan Azahari; Dr Raof

Sabtu, 9 Mac 2013

Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah

SautuldaiBookstore
Tajuk: Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah
Harga: RM30
Available at Online Bookstore: SautuldaiBookstore (New)
Penulis: Saari Sungip
Kod Produk: KPBK1077

Sinopsis Buku:

Rasulullah telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. 

Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman. 

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul. 

Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya. 

Kesimpulannya, buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita dimana ianya amat sesuai dijadikan bahan rujukkan bagi kumpulan usrah serta bahan bacaan selepas solat bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Jumaat, 1 Mac 2013

Tajuk Buku: Kompas Umat Akhir Zaman

Ulasan Buku:
Buku ini menerangkan tanda-tanda kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab Neraka dan indahnya nikmat Syurgawi. Setiap perbahasan berpaksikan rujukan yang sahih dan dilengkapi dengan huraian hikmah daripada para ulama. Buku ini menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur, Syurga dan Neraka, semua ini mesti menerbitkan tingkah laku diri yang sesuai dengan peraturan Islam dan akhlak mulia. Buku ini sangat baik untuk bahan muhasabah diri atau bahan tazkirah untuk masyarakat. Harapan penulis, perbahasan-perbahasan yang tercantum dalam buku ini boleh menjadi kompas penunjuk arah bagi perjalanan umat akhir zaman menuju Allah.

Harga: RM35
Belian atas talian:
http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1246/SautuldaiBookstore