Memaparkan catatan dengan label Korban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korban. Papar semua catatan

Ahad, 13 Oktober 2013

Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." Sumber: eHadith JAKIM

Huraian: 10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.

Kambing Akikah Ilman

Binatang qurban itu hendaklah binatang ternakan (An‘am) seperti:

1.Unta 
2.Lembu/ sapi 
3.kambing/ biri-biri kibasy/ domba.

Maksud Firman Allah Ta’ala: “Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih qurban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu”(Al-Hajj : 34).

Didalam Firman Allah yang lain merupakan anjuran berqurban seperti yang dijelaskan dalam surat Al-kaustar, Maksud Ayat:

1.Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
2.Maka Dirikanlah shalat Karena Tuhanmu, dan berkorbanlah.

3.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

(yang dimaksud “berkorbanlah” di dalam ayat tersebut ialah menyembelih hewan qurban di hari Idul Adha dan mensyukuri nikmat Allah). SUMBER: mrse1faaezmom.blogspot.com
Padang Arafah


Rukun haji lima perkara iaitu ihram beserta niat, wuquf di Arafah, tawaf keliling Ka'abah, melakukan sa'iy di antara Safa dan Marwah dan bergunting dan cukur rambut. Sementara rukun umrah pula empat perkara seperti di atas tetapi tidak termasuk wuquf di Arafah dan boleh dikerjakan bila-bila masa sepanjang tahun. Ibadah haji dilakukan mengikut cara-caranya yang tertentu dan berperaturan. SUMBER: Al-Azim.com

Sabtu, 28 September 2013

Majalah Solusi: Isu 60 - Korbankan "Ismail" Mu

SautuldaiBookstore
ISBN           :TBMJ1060
Publisher    :Telaga Biru
Author         :Mix Artist
Price           :RM10.00 (BELI) *Tidak termasuk kos penghantaran


Keterangan:


"Pada ketaatan Nabi Ibrahim ada cinta. Pada kesabaran Nabi Ismail juga ada cinta. Hakikatnya kita sedang menelusuri jalan yang sama. Aku, kamu dan kita semua kerap dibutakan oleh cinta. Musuh cinta paling utama ialah cinta yang utama. Sentiasa sahaja kecintaan lain, yang menghalang cinta paling utama kita-cinta Allah." - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi 

Majalah Solusi 60, KORBANKAN 'ISMAIL'MU. .. Mahu tahu isu apa lagi yang dibincangkan kali ini, dapatkan Solusi 60. Tak perlu susah payah, anda boleh dapatkan majalah ini terus ke rumah/office anda dengan hanya menekan butang > (BELI) <

Majalah yang dilahirkan untuk merungkai segala persoalan feqah, akidah dan lain-lain perihal agama dalam kalangan masyarakat. Diwabkili oleh pelbagai kolumnis pakar dalam pelbagai bidang. Majalah yang padat serta dikukuhkan berdasarkan Al-Quran & Hadis. Sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada persoalan-persoalan dan menjawab segala kekeliruan permasalahan di kalangan umat islam.

Selamat Membaca dan Beramal! :)