Rabu, 8 Januari 2014

Majalah Solusi ISU 63 - Januari 2014 (Amalan Rosak kerana Riyak)


Harga: RM10 (Sem) & RM12 (S/S)
Ulasan: Majalah Solusi ISU 63 - Bulan Januari 2014

Isu utama yang diutarakan oleh Ustaz Pahrol adalah berkaitan dengan amalan orang yang riak tidak akan sampai menyentuh hati, maka ibadah itu tidak akan membentuk peribadi, tidak pula akan membuahkan akhlak. Seterusnya, akan mengupas kesan langsung orang yang riyak itu, semakin banyak beramal, maka akhlak dan keperibadiannya semakin buruk.

Selain itu, segmen Fauna - Majalah Solusi kali ini turut mengupas isu nafkah haiwan dari segi pengurusan makan minumnya serta hak mengikut sunnah. Topik ini juga turut mengupas persoalan berikut:

1) Bagaimana kita ingin memenuhi hak sebuah kebebasan bagi haiwan peliharaan? 
2) Apakah nafkah haiwan peliharaan?
3) Apa kata sunnah Rasullulah yang mengingatkan tentang nafkah haiwan peliharaan?
4) Apa pula kaitan tidak memberi makan kepada haiwan dengan pembaziran?


Manakala, dalam ruangan Fiqh Wanita bersama Ustazah Zizi Azlinda Mohd. Yusoff mengupas usha menjaga dan menaikkan martabat serta maruah wanita dalam isu aurat sewaktu bersalin, harus difikirkan oleh semua pihak dengan mengetengahkan resolusi "Ramaikan Bidan Bukan Doktor Lelaki". 



Ustazah Zizi mengupas isu ini dengan amat mudah dan cantik dengan mengambil contoh dari negara Australia yang telah menwujudkan pusat bersalin 100% wanita selain itu turut mengetengahkan pandangan terhadap beberapa pusat bersalin alternatif yang lain sebagai resolusi. 

Hujah dan cadangan ini di sokong kuat dengan mengulas buku Dr. Zaharudin Mohamad bertajuk "Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin" yang memperlihatkan banyak kes-kes di Hospital Malaysia kini di dominasi oleh doktor lelaki sehingga menjadi kebiasaan.

Pelbagai cadangan di utarakan bagi memastikan martabat dan maruah wanita dijaga ketika bersalin. Topik ini dilihat amat sesuai buat bakal pengantin dan bakal ibu ayah yang akan menyambut kelahiran anak pertama. 

Rugi pada yang tidak membaca Majalah Solusi Isu ke 63 ini, jadi jangan risau anda boleh dapatkan di Sautuldai Bookstore dengan melayari  http://goo.gl/ft6wZg dimana penghantaran terus ke rumah dan pejabat anda.

Selamat Membaca dan Beramal! :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan