Rabu, 23 Oktober 2013

Khidmat Penghantaran


1. Pesanan anda akan diproses dalam masa 24 jam selepas pembayaran anda disahkan. Anda boleh mula menyemak tracking kod dari kami dalam masa 24 jam di dalam sistem enet. Jika selepas 24 jam anda masih tidak menerima tracking kod dari kami , sila hubungi kami di talian 03-61418684/85.

2. Jika anda masih tidak menerima pesanan anda dalam masa 5 hari bekerja selepas menerima email pengesahan penghantaran, sila hubungi kami. Kami akan periksa jika terdapat masalah dengan penghantaran anda.

3. Kami hanya menggunakan perkhidmatan Citylink (www.citylink.com) dan Pos Malaysia (www.posmalaysia.com.my) untuk penghantaran pesanan anda. Bagi semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak , setiap pesanan akan sampai ke tangan anda dalam 7-14 hari.

4. Kami galakkan anda memberi alamat pejabat anda jika tiada sesiapa dirumah pada hari bekerja. Ini untuk memastikan barang selamat sampai ke tangan anda. Jika tiada sesiapa dirumah, maka pos laju akan tingalkan kad kutipan dirumah anda. Anda perlu menuntut bungkusan anda dipusat serahan pos laju yg ditetapkan.


Caj Penghantaran bagi Semenanjung Malaysia, Sabah & Serawak
(Kemaskini Disember 2011)


Semenanjung Malaysia (City Link)
Jangkamasa Penghantaran
  • Antara Bandar : Pengesahan ‘D.O’ + 3 hingga 5 hari bekerja
  • Luar bandar : Pengesahan ‘D.O’ + 3 hingga 5 hari bekerja ( tambahan 3 hari berkerja)
Sila laporkan kepada pihak pengurusan Stormreaders Network (bahagian logistik) sekiranya anda terima parcel lewat dari jangkaan masa di atas.

Sabah & Serawak (Pos Malaysia ‘Air Parcel’)
Jangkamasa Penghantaran
  • Sabah dan Sarawak Antara bandar : Penghantaran 7 hingga 14hari bekerja
  • Sabah dan Serawak Luar bandar : Pengesahan ‘D.O’ + 3 hingga 5 hari bekerja (tambahan 3 hari berkerja)
Sila laporkan kepada pihak pengurusan Stormreaders Network (bahagian logistik) sekiranya anda terima parcel lewat dari jangkaan masa di atas.

Pembelian atau jualan yang lebih daripada 40Kg perlu membuat pembelian atau jualan baru. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 03-61418684/ 85 atau menghantar e-mel ke penghantaran@stormreaders.com. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan