Rabu, 23 Oktober 2013

Tingkatkan Kecerdasan Anda Dengan Coklat Super Aulad

Produk Coklat Super Aulad adalah produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai nutrien semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai makanan berkhasiat serta memenuhi keperluan diet kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa. Ianya datang dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak dan sedap, senang dibawa kemana-mana dan juga penyimpanan yang mudah.  Pengambilannya sangat mudah hanya perlu kunyah kerana ianya sangat lembut.


Produk berasaskan pemakanan ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikelaskan sebagai makanan (bukan ubatan atau herba), telah peroleh pensijilan Halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan  telah melalui analisa nutrisi di makmal Malayan Testing Laboratory, AOAC (Official Method of Analysis International) & APHA (American Public Health Association/Standard Method For Examination of Water & Wastewater).

Produk ini mempunyai nilai nutrien semulajadi. Merupakan formulasi daripada sebatian susu kuda, koko, soya, kurma, madu, kismis, oat dan diperkasakan dengan pegaga (gotu kola) serta diadun menjadi tablet kunyah makan yang berkhasiat sebagai makanan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur sebagai melengkapkan dan menampung kekurangan zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Kajian pakar nutrisi dan saintis pemakanan mengesahkan komposisi lemak dan pecahan protein susu kuda lebih menyamai susu ibu manusia berbanding susu lembu. Pegaga pula sangat popular di negara barat sebagai nerves tonic untuk mengurangkan ketegangan / stress dan menguatkan daya ingatan. Di sebalik rasa yang enak / sedap, produk ini sesuai untuk mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance). Cara penyimpanan yang mudah dan tidak mudah rosak.


Bahan-bahan Khasiat yang terkandung di dalam Coklat Super Aulad.
Susu Kuda
Adalah alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia.Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu. (Kajian Godovac Zimmermann et  al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).
GotuKola (Pegaga)
Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai nerve tonicuntuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi stress, memulihkan reflexes dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yg terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity). (Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).
Kacang soya
Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan. (Petikan  kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA)
Koko
Koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emonis seperti sayang, rasa cinta dan kecerian. secara perbandingan, cokla/koko mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji epal atausejumlah kismis dengan berat yang sama kajian membuktikan colat/koko mengandugi khasiat makanan yang seimbang. (sumber :chocolate: Facts on Health and Nutrition For Educator and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of USA)
Kismis
Kismis tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.  Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-Penuaan).  Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.  Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti pelajar.
Coklat Super Aulad mampu bertindak sebagai pemuliharaan kecerdasan emosi (EQ) dari aspek:
  • Nutrien pemangkin (booster) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan
  • Nutrien perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri.
  • Nutrien penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semula jadi untuk mereka yang sentiasa sibuk, dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana.
  • Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan nutrien yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan