Sabtu, 30 November 2013

INFORMASI SMART2WISE PARENTING CONVENTION

SMART2WISE PARENTING CONVENTION



MENGAPA KAMI MENGADAKAN KONVENSYEN INI?

Ramai ibubapa yang menginginkan anak-anak yang ceria, pandai menghormati ibubapa mereka dan pada yang sama bijak di dalam kepandaian masing-masing. Tak kurang juga bagi mereka yang pening kepala dengan kerenah anak-anak mereka. Ingin berjumpa pakar secara peribadi, takut mahal pula harganya. Namun begitu, ibubapa kini tetap teguh mencari jawapan kepada persoalan keibubapaan masing-masing.

Disebabkan itu, Love World Resources mengumpulkan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk berkongsi idea, tip dan pengalaman bagi membantu para ibubapa untuk menangani anak-anak mereka.

Pakar kami BERBILANG BANGSA kerana kita adalah masyarakat yang BERBILANG BANGSA, AGAMA DAN BAHASA!

SIAPA YANG PATUT DATANG?

1. Ibu bapa
2. Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
3. Guru-guru & Para Pendidik
4. Bakal Ibubapa
5. Penjawat Awam & Swasta
6. MEREKA YANG INGINKAN ANAK-ANAK MEMBESAR DI DALAM DUNIA YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG


Tiada ulasan:

Catat Ulasan