Ahad, 10 November 2013

Nota Buat Pengantin Lelaki

Assalamualikum wbt,
Salam Sejahtera.

Semakin dekat dengan cuti sekolah ni, terpangil pulak rasa diri yang lemah iman ini ingin berkongsi sedikit ilmu yang di dapati sepanjang zaman bujang sebelum bergelar suami. Beberapa research telah saya lakukan di laman web dan beberapa blog untuk mendapatkan maklumat berkaitan tentang perkahwinan. Di sini terdapat beberapa maklumat penting yang ingin dikongsi bersama, moga bermanfaat.

Perkahwinan 


Artikel 1: 6 Ciri-Ciri yang Jangan Dikahwini 

Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.

1. Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

2. Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.

3. Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.

4. Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

5. Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-

1 Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan. Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

6. Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-

1. Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

2. Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

3. Sifat Al-Jubnu
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami. 3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya.

Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri.

Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah kerana
sabda Nabi s.a.w yang maksudnya :

“Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya”

Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud:
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan  rahimnya itu kepada beranak”

Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
1. Rendah mas kahwinnya
2. Disegerakan perkahwinannya.
3. Menyegerakan untuk mendapat anak

Artikel 2: Adakah anda berdua pasangan serasi?

Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sbg anak dlm keluarga serta saranan penting sbg panduan (Allah Maha Kuasa, Allah Maha Mengetahui).

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA

Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat mrk sendiri yg inginkan ksempurnaan dan sentiasa memikirkan siapa yg lbh bkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Bhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal. Jgn suka mbuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan. Ini adalah sikap yg sgt tdk baik krn setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.


Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan drpd pdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2. Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati. Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata kita cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”

SULUNG + TENGAH = PARADOKS
Anak sulung harus menerima kenyataan bhw anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar)yg membosankan. Sbg anak yg memiliki kakak/abang dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan drpd meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
 
Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya. Berusahalah utk berkongsi perasaan antar satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga. Jika ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama

SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA
Pasangan yg ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup dan rancangan masa depn. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lbh santai dlm menghadapi hidup. Sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu. Dlm hal ini,mrk saling lengkap melengkapi.namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahhwinan bkn ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Krn setiap org mempunyai kelemahan,tetapi ia harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastic,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain. Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahwa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU

Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang krn takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mrk tdk diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
 
Jika sukar utk bercakap cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Spt surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan dan sbgnya. Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga..Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negative. Sentiasa menghormati pasangan.Cth mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

TENGAH + BONGSU + AMAN
Seorang pasif dan seorang lagi sosial. Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
 
Jgn sesekali meperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan. Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua. Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda. Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal. Jgn menangis atau ketawa sendirian.

BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT

Kombinasi ini sering terjebak dgn masalh kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak drp awal lg, mrk hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajiban masing2. Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dlm rumah tangga. Jika ianya diabaikan,sdh pasti sglnya mjd kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jdlah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan sgl masalah. Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tdk berlaku sesuatu yg tdk diingini. Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari. Hadapi sgl apa yg mebdatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.

Namun catatan ini tdk lbh drpd suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bgmn pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tdk mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sbuah petunjuk,bukannya anak panah.
 

PERHATIAN!: Ini adalah pandangan semata-mata tiada sebarang kajian saintifik dilakukan bagi mengesahkan maklumat di atas adalah tepat. Pandangan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beberapa pihak yang telah di temu bual.

Artikel 3: Bajet Perkahwinan Lelaki

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan (RM adalah cadangan):

Kursus perkahwinan
RM
Wang hantaran
RM 5000
Mas kahwin
RM 50
Upah jurunikah
RM
Kad jemputan
RM 1000
Setem
RM
Cincin tunang
RM 300
Cincin kahwin
RM 800
Barang kemas
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM

Barangan Hantaran (Cadangan):
Sirih junjung
RM
Potpurri
RM
Al-Quran
RM
Telekung/sejadah
RM
Kain ela
RM
Baju kurung
RM
Beg tangan
RM
Tuala
RM
Jam
RM
Kasut
RM
Satu set peralatan solek
RM
Satu set penjagaan badan
RM
Buah-buahan
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Kek
RM

Juruandam:
Pelamin
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Baju songket
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Hiasan hantaran
RM

Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM

Kanopi:
Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM

Hotel atau taman:
Sewa hotel atau taman
RM
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM

Makan beradap:
Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM

Katering:
Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM

Hiburan:
Kompang
RM
Silat pengantin
RM
Cak lempong
RM
Kumpulan marhaban/berzanji
RM

Sistem PA:
Satu set sistem PA
RM
DJ / MC
RM

Bulan Madu:
Percutian
RM

Jumlah perbelanjaan
RM

Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
a)
Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b)
Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c)
Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan