Rabu, 8 Januari 2014

Majalah Solusi ISU 63 - Januari 2014 (Amalan Rosak kerana Riyak)


Harga: RM10 (Sem) & RM12 (S/S)
Ulasan: Majalah Solusi ISU 63 - Bulan Januari 2014

Isu utama yang diutarakan oleh Ustaz Pahrol adalah berkaitan dengan amalan orang yang riak tidak akan sampai menyentuh hati, maka ibadah itu tidak akan membentuk peribadi, tidak pula akan membuahkan akhlak. Seterusnya, akan mengupas kesan langsung orang yang riyak itu, semakin banyak beramal, maka akhlak dan keperibadiannya semakin buruk.

Selain itu, segmen Fauna - Majalah Solusi kali ini turut mengupas isu nafkah haiwan dari segi pengurusan makan minumnya serta hak mengikut sunnah. Topik ini juga turut mengupas persoalan berikut:

1) Bagaimana kita ingin memenuhi hak sebuah kebebasan bagi haiwan peliharaan? 
2) Apakah nafkah haiwan peliharaan?
3) Apa kata sunnah Rasullulah yang mengingatkan tentang nafkah haiwan peliharaan?
4) Apa pula kaitan tidak memberi makan kepada haiwan dengan pembaziran?


Manakala, dalam ruangan Fiqh Wanita bersama Ustazah Zizi Azlinda Mohd. Yusoff mengupas usha menjaga dan menaikkan martabat serta maruah wanita dalam isu aurat sewaktu bersalin, harus difikirkan oleh semua pihak dengan mengetengahkan resolusi "Ramaikan Bidan Bukan Doktor Lelaki". 



Ustazah Zizi mengupas isu ini dengan amat mudah dan cantik dengan mengambil contoh dari negara Australia yang telah menwujudkan pusat bersalin 100% wanita selain itu turut mengetengahkan pandangan terhadap beberapa pusat bersalin alternatif yang lain sebagai resolusi. 

Hujah dan cadangan ini di sokong kuat dengan mengulas buku Dr. Zaharudin Mohamad bertajuk "Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin" yang memperlihatkan banyak kes-kes di Hospital Malaysia kini di dominasi oleh doktor lelaki sehingga menjadi kebiasaan.

Pelbagai cadangan di utarakan bagi memastikan martabat dan maruah wanita dijaga ketika bersalin. Topik ini dilihat amat sesuai buat bakal pengantin dan bakal ibu ayah yang akan menyambut kelahiran anak pertama. 

Rugi pada yang tidak membaca Majalah Solusi Isu ke 63 ini, jadi jangan risau anda boleh dapatkan di Sautuldai Bookstore dengan melayari  http://goo.gl/ft6wZg dimana penghantaran terus ke rumah dan pejabat anda.

Selamat Membaca dan Beramal! :) 

Selasa, 7 Januari 2014

Perkongsian Kuliah Zohor

Kitab: Mustika Hadith
Tajuk: Hati tenang dengan yakin pd Allah.
Masa: 1:10pm - 1:55pm Tarikh: 7/1/2014
Oleh: Ustaz Zulkifli b Ahmad

Nota ringkas:
1) Hati yg benar-benar yakin pd Allah, Rasullulah, Al-Quran dan Ajal Maut pasti tenang. Cukuplah dgn yakin itu sbg harta benda yg amat berharga buat manusia.
2) Nikmat kedua paling besar selepas keyakinan adalah nikmat keselamatan. Justeru perlu selalu berdoa agar Allah sentiasa beri keselamatan.
3) Hati yg benar yakin akan berani berkata benar dengan tiada gentar dari celaan org.

Sabtu, 4 Januari 2014

13 Perkara yang WAJIB dijaga oleh WANITA

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada
zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan
dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –
(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil
sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh
baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang
baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat
Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
(Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka
Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud ,
An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli

Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan
menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang,
ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari 

Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga
yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sumber: Tumblr blog isminuraqilah