Jumaat, 22 Mac 2013

Tips Mengubati Rabun Mata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang,

Pelbagai persoalan bermain di minda, sama ada berkenaan Rabun Mata. Adakah ianya penyakit atau ianya kejadian semula jadi apabila kita banyak membaca mahupun melihat layar kaca (TV, Komputer dan Telephone)? Jika ianya benar sejenis penyakit, adakah ianya terdapat ubat untuk menyembuhkan penyakit tersebut?

Selepas bertanya kepada kawan-kawan sepejabat, pelbagai pandangan diterima dan dikongsi. Ada satu pandangan mudah yang amat menarik perhatian iaitu "Apa kata kau search je YouTube: Rabun Mata". Maka tak sampai 3 saat, saya sudah mendapat hasil carian dari YouTube seperti berikut:


Secara ringkasan buat video diatas adalah seperti berikut:

Pendahuluan: Kisah Nabi Yakub yang menagis sehingga buta maka Allah mengembalikan penglihatan yang buta  sebagai bukti Buta dan Rabun ada penawarnya.

Isi:

Cara pertama - Tumbuh-tumbuhan adalah rezeki, maka penyembuh itu rezeki juga. Maka gunakan Carrot (Baca Ayat penawar sebanyak 14 kali) dan makan secara original (Mentah-mentah).

Surah Al-Qaf, Ayat 22
SautuldaiBookstore

Cara kedua - Membacakan Selawat Syifa' dan ulang ayat "Wa nuril absori wa dia iha" (7x) sudah baca sapu pada mata. In Sha Allah.
Selawat Syifa'
SautuldaiBookstore

Cara ketiga: Setiap kali mendengar azan dan apabila sampai laungan azan "Ashaduana Muhammadurasulullah" ambil dua ibu jari tangan dan sapu pada mata kita.

Sama-samalah kita amalkan, dengan izin Allah ianya akan berkesan.

Penghargaan untuk post ini:

  1. Ustaz Sharhan
  2. Rancangan Tanyalah Ustaz TV9
  3. eebnu seena @ YouTube
  4. Rakan-rakan sepejabat saya.

Sabtu, 16 Mac 2013

Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Wakaf & Ibtida



Al-Quran Al-Karim dgn Wakaf & Ibtida
SautuldaiBookstore

Sinopsis:

Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida' merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida' (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida' ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

ID produk
:
TBAQ1002
Format
:
Kulit Tebal
Penerbit
:
Telaga Biru
Tarikh terbitan
:
30-JUL-2012
Kategori (utama)
:
Rujukan Agama
Kategori (sub)
:
Quran / Tafsir & Hadis
Harga
:
RM 75.00
Pembelian Online
:
Nama Penulis
:
Tan Sri Hj Hassan Azahari; Dr Raof

Selasa, 12 Mac 2013

Tajuk Buku: Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam

Sinopsis:
BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

Ianya amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di mana sahaja bagi mendalami perjalan sirah agong Rasulullah SAW. Gaya penulisan dan susun atur gambar serta kualiti kertas amat berkualiti tinggi dimana ianya amat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dalam meraikan apa jua keramaian.

ID produk : MRBM1060
Format: Kulit Tebal
Penerbit: Must Read
Kategori (utama): Rujukan Agama
Kategori (sub): Sirah / Biografi & Profil
Harga: RM65
Penulis: Rusydi Ramli Al-Jauhari
Pembelian Online: SautuldaiBookstore

Sabtu, 9 Mac 2013

Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah

SautuldaiBookstore
Tajuk: Rahsia-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah
Harga: RM30
Available at Online Bookstore: SautuldaiBookstore (New)
Penulis: Saari Sungip
Kod Produk: KPBK1077

Sinopsis Buku:

Rasulullah telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. 

Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman. 

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul. 

Allah mengutuskan Rasulullah bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya. 

Kesimpulannya, buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah yang jarang terdengar oleh kita dimana ianya amat sesuai dijadikan bahan rujukkan bagi kumpulan usrah serta bahan bacaan selepas solat bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Selasa, 5 Mac 2013

Tajuk Buku: Khilafah Islam Kembali bermula di Bumi Kinanah (Mesir)

Sinopsis

Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]

Lahir di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi. Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya seorang suri rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.

Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang disemak oleh seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya.

Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hasan al-Banna iaitu seorang yang istiqamah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau sangat taat beribadat kepada Allah SWT.

Kod Produk: KPBK1074
Harga: 25.00
Berat: 350g
Category: Books : Tokoh & Sirah
Supplier: Kemilau Publika
Officialsite: http://www.stormreaders.net/nProductCode=KPBK1074/SautuldaiBookstore


Isnin, 4 Mac 2013

Majalah: Kembara Ustaz

Majalah ini memaparkan pelbagai cerita, ilmu tauhid, ibadah, doa- doa dan amalan soleh yang dapat memantapkan keimanan, juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T menerusi lakaran kartun dan bahasa yang mudah.

Harga:RM5
Pembelian atas talian: http://www.stormreaders.net/nProductCode=VKBK1010/SautuldaiBookstore

Sabtu, 2 Mac 2013

Tajuk Buku: Anakku VS Solat Bagaimana Mengajarnya?

Ulasan: Buku Anakku vs Solat ialah terjemahan daripada buku Kaifa Nurobbii Aulaadanaa ‘ala Ash-Sholaah (‘Amaliyyan wa ‘ Ilmiyyan) karya Mushthafa Abul Mu‘athi. Ia menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat. Tip-tip berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat. Kaedah pengajaran berupa contoh teladan daripada kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam mendidik anak tentang solat. Memberi panduan khusus untuk anda dalam mendidik anak merangkumi kesemua aspek hidup dan bukan sahaja dalam aspek solat. Rekaan yang tersusun dan menarik memudahkan pemahaman anda. Jadikan buku ini sebagai bahan tazkirah bersama keluarga, pelajar atau rakan-rakan.

Harga: RM22
Belian atas talian:
http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1248/SautuldaiBookstore


Jumaat, 1 Mac 2013

Tajuk Buku: Kompas Umat Akhir Zaman

Ulasan Buku:
Buku ini menerangkan tanda-tanda kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab Neraka dan indahnya nikmat Syurgawi. Setiap perbahasan berpaksikan rujukan yang sahih dan dilengkapi dengan huraian hikmah daripada para ulama. Buku ini menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur, Syurga dan Neraka, semua ini mesti menerbitkan tingkah laku diri yang sesuai dengan peraturan Islam dan akhlak mulia. Buku ini sangat baik untuk bahan muhasabah diri atau bahan tazkirah untuk masyarakat. Harapan penulis, perbahasan-perbahasan yang tercantum dalam buku ini boleh menjadi kompas penunjuk arah bagi perjalanan umat akhir zaman menuju Allah.

Harga: RM35
Belian atas talian:
http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1246/SautuldaiBookstore